was successfully added to your cart.
anak cepat baca

Mahu Anak Pandai Membaca? Ini 11 Cara untuk Ibu Bapa.

By February 7, 2018 No Comments

11 cara anak cepat baca

Tulisan ini berkenaan 11 Cara untuk Ibu Bapa latih anak pandai baca di rumah.

  1. 1 hari 5 minit bacaan bersama. Mengikut kajian, anak anak perlu ada sesi ‘recap’ atau sesi ulang baca di rumah untuk membuatnya menangkap kosa kata yang telah didengarinya di tadika.
  2. Mini Perpustakaan di rumah. Suasana rumah yang dihiasi kepelbagaian buku buku dirumah akan meningkatkan keinginan untuk anak anak membaca.
  3. Ada jadual membaca. Tetapkan jadual waktu membaca keluarga agar anak dapat lihat aktiviti sebagai aktiviti bersama ibu bapa. Masa yang terbaik ialah antara selepas waktu maghrib atau pagi di hujung minggu. Anak amat menyukai masa ini kerana ibu bapa ada bersama. Itulah saat yang mereka nantikan setelah seharian ibu bapa keluar bekerja.
  4. Bawa buku bersama semasa aktiviti luar keluarga. Jika ada ruang aktiviti di luar, bawalah buku bersama atau sentiasa ada buku di dalam kereta. Ketika menunggu makanan tiba isikan masa dengan membaca. Ketika anda berada di dalam kesesakan jalan raya, isikan masa dengan membaca untuk anak anak. Jadika, ia sebagai aktiviti sambilan.
  5. Biasakan rutin ke Perpustakaan. Bawa anak anak ke perpustakaan terdekat bagi melihat suasana anak anak lain turut bergembira mencari buku yang mereka minati. Mereka boleh meminjam buku yang belum mereka baca.
  6. Pantau perkembangan bacaan anak. Rujuk guru tadika bagi perkembangan bacaan terkini mereka di tadika. Sambung dan ulangnya di rumah.
  7. Target anak boleh baca dengan lebih realistik. Jika anda mahu anak anda pandai baca dalam tempoh sebulan ia sangatlah tidak realistik. Setiap perkembangan anak anak berbeza. Terima kemampuan mereka dan usaha lagi.
  8. Beri pujian dan hadiah jika capai target. Pujian seperti ‘bagusnya anak mama’ atau ‘tahniah, sudah habis mebaca buku ini’ sudah memadai. Mereka dahagakan pujian. Sekali sekala, hadiahkan mereka buku yang lebih menarik atau permainan yang bermanfaat.
  9. Elak keluh anak lambat baca di depannya. Tidak sesekali mengelun perihal anak lambat membaca di depannya kepada rakan atau jiran anda. Ini membuatkannya berasa malu dan merendahkan nilai estim mereka. Jika mahu belajar tips dari sesiapa, tidak perlu memulakan dengan bercerita kelemahan anak anak anda.
  10. Kongsi perasaan dan cabaran yang dilaluinya. Dengar luahan anak anda jika mereka mahu bercerita tentang rasa bosan, penat atau sudah tiada mood apabila membaca buku. Dari situ, anda buat kajian bagaimana mahu naikkan mood mereka dalam membaca. Usah nafikan perasaan mereka kerana kita juga kadang kadang moody dalam sesuatu hal.
  11. Guna teknik cepat baca. Di Little Caliphs, kami perkenalkan ‘Fast Reading Technique’ mengunakan teknik phonic dan anak anak akan melalui pengalaman membaca yang menyeronokkan. Sila rujuk artikel ini – Fast Reading Technique BY Founder of The Little Caliphs Program untuk memahami bagaimana teknik ini diperkenalkan kepada anak anak.

Selamat mencuba!

Get Free Email Updates!

Signup now and receive an email once I publish new content.

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply