was successfully added to your cart.

cara tingkat kan kemahiran menulis anak

Anak anda ada menunjukkan masalah masalah ini semasa menulis?

🌸Letih ketika menulis
🌸Mudah give up dalam menulis
🌸Pegang pensil menggunakan 5 jari (ketika usia sudah 5 tahun dan ke atas).

🌸Sukar duduk lama ketika aktiviti menulis
🌸Banyak menunjukkan postur badan yg tidak betul

 

Puncanya ialah Kebanyakan kanak-kanak yang tidak melalui proses merangkak atau merangkak dalam jangka masa yang sekejap akan ada symptom ini. (Tolonglah jangan bandingkan kita yg dulu tak merangkak dgn budak zaman sekarang. Kita dulu banyak bergerak,budak sekarang banyak duduk).

Di antara sebab lain juga adalah kanak-kanak terlalu banyak didedahkan dengan gadget dan aktiviti yang terlalu banyak duduk dan jarang menggunakan tangan utk melakukan aktiviti pergerakan.

Ada 8 teknik untuk tingkat ketahanan daya otot mereka sekaligus melatih skil menulis mereka.

  • Wheelbarrow walking
  • Hanging on monkey bar
  • Menolak benda berat
  • Memanjat Gril
  • Tangan hayun di dahan pokok
  • Mop Lantai guna Tangan
  • Menulis dengan Pelbagai Posisi
  • Aktiviti Merangkak

Puan Liyana Raya, seorang Occupational Therapist mengatakan;

Semua aktiviti ni akan memberikan daya tahan kepada otot utk sampai ke satu tahap keletihan supaya apabila menulis,mereka akan mengambil masa yang lama utk bertahan dan berasa letih.

Tetapi jika anda dapati anak-anak anda mengelak atau cepat letih ketika buat aktiviti yang dalam gambar dan disebutkan,anda kena sentiasa menggalakkan  anak meneruskannya bukan dengan menggalakkan anak utk terus berhenti.

Ini adalah benda yg paling penting dalam menulis yg anda harus take note. Kalau anak yg umur 7 tahun masih lagi memegang pensil dengan 5 jari, maka anda harus bertindak segera dgn memberikan aktiviti-aktiviti seperti ini. Ambil kira juga utk memberikan anak alat memegang pensil supaya dapat betulkan caranya memegang pensil.

Dan utk kanak-kanak yg berusia 2 tahun setengah,anda sudah boleh mulakan semua aktiviti ni. Jangan pandang remeh pada aktiviti ni semua sebab inilah penentu kpd kemahiran menulis anak anda.

Get Free Email Updates!

Signup now and receive an email once I publish new content.

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply