was successfully added to your cart.

MENDIDIK VS MENDERA

Allah jadikan anak-anak dengan fitrahnya aktif untuk mereka belajar, meneroka dan melalui pengalaman baru.
dera atau didik anak
Kebiasaannya mereka suka memanjat, masuk benda dalam mulut, menjerit, menyelongkar, berlari-lari, melompat, banyak tanya dan cakapnya yang “mengganggu” dan merunsingkan ibu bapa.

Rumah bersepah, makan malam “candle light” terganggu, anak-anak mengharukan suasana dirumah rakan taulan. Solusinya diberikan telefon pintar yang punya youtube dan juga permainan video. Anak leka dan “behave” hati ibu bapa pun tenang.

Kesan gajet adalah kritikal. Anak-anak hilang tumpuan di kelas dek kerana grafik gambar telefon melekakan. Kurang daya usaha dek terbiasa duduk melihat menonton sambil tergerak-gerak jari sahaja. Skil mereka terbantut kerana tidak lalui seperti fitrahnya.

Apakah usaha jalan pintas itu merupakan didikan atau penderaan.

Get Free Email Updates!

Signup now and receive an email once I publish new content.

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply